Hubungankait Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Kebangsaan dan Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Di Malaysia, keseluruhan sistem pendidikan negara dibentuk berdasarkan suatu penyataan falsafah yang dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992). Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Kebangsaan dan Pengajaran dan Pembelajaran 👉 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di negara Malaysia. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti pendidikan diadakan bagi mencapai intipati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. 👉 Kurikulum Kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang t...


.png)