DOMAIN OBJEKTIF KOGNITIF DAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) SEBAGAI PENENTU PENCAPAIAN MURID
DOMAIN KOGNITIF
Pencapaian murid dapat ditentukan dengan pelbagai aspek
tertentu yang telah ditetapkan dan digariskan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM). KPM telah menggariskan beberapa komponen yang mampu untuk
meningkatkan pencapaian murid-murid dalam pendidikan. Domain objektif kognitif
dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan antara aspek penting yang
mempengaruhi pencapaian murid disamping memastikan matlamat dan objektif
pengajaran tercapai.
Domain sebenarnya ialah merupakan kategori.Terdapat banyak
teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan kognitif. Antara tokoh yang sangat berkaitan dengan
domain kognitif adalah Bloom.Beliau mengetengahkan perkembangan pembelajaran murid secara berperingkat. Taksonomi
Bloom (1959) memperlihatkan perkembangan dalam pemikiran murid kepada enam peringkat
iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Domain kognitif melibatkan pengetahuan dan
pembangunan kemahiran intelek. Domain kognitif juga termasuk mengingati atau
mengenali fakta tertentu, corak prosedur dan konsep yang terkandung dalam
perkembangan kebolehan dan kemahiran. Aktiviti-aktiviti mental yang dikaitkan
dengan domain kognitif adalah berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk
konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya.
KOMPONEN PENGETAHUAN
- Melibatkan murid-murid untuk mengingat kembali perkara khusus, mengingat semua kaedah dan proses atau mengingat semula sesuatu corak struktur atau latar belakang.
- Pelajar perlu mendapat kembali, mengingat kembali atau dikenali sebagai'recall' pengetahuan yang releven daripada ingatan jangka pangjang mereka.
- Contohnya: Seseorang pelajar mampu untuk menyenaraikan, menerangkan dan memberitahu sesuatu perkara.
·
KOMPONEN KEFAHAMAN
- Komponen kefahaman melibatkan murid menggunakan bahan yang dikomunikasikan tanpa perlu menghubungkannya dengan bahan lain. Hal ini tercapai apabila murid mampu membuat terjemah dan penafsiran apa yang mereka pelajari.
- Contohnya, pelajar dapat meramal dan membezakan perkara yang dipelajari.
KOMPONEN
APLIKASI
- Komponen aplikasi pula melibatkan murid-murid menggunakan apa yang telah dipelajari dalam satu situasi baru yang khusus.
- Contohnya, murid-murid berkebolehan menggunakan prinsip dan prosedur dalam melakukan atau melaksanakan sesuatu tugasan.
·
KOMPONEN ANALISIS
- Melibatkan pemecahan sesuatu perkara kepada bahagian-bahagian kecil agar persamaan dan perbezaan dapat dihuraikan dengan memberikan penyelesaian terhadap masalah yang dihidapi.
- Contohnya, pelajar dapat membuat analisis dan perbandingan mengenai sesuatu perkara.
·
KOMPONEN SINTESIS
- Komponen sistesis memungkinkan murid untuk menggabungkan unsur atau bahan suapaya membentuk satu kesimpulan. Dengan ini satu pola atau struktur akan terbentuk akibat daripada unsur atau bahan yang digabungkan.
- Contohnya, pelajar mampu untuk membuat kesimpulan atau rumusan.
· KOMPONEN PENILAIAN
- Penilaian di mana murid akan menggunakan pertimbangan kualititatif atau kuantitatif mengenai nilai bahan dan kaedah spesifik untuk sesuatu kriteria yang telah ditetapkan.
- Pelajar mampu untuk menyatukan elemen-elemen untuk membentuk satu gagasan umum yang koheren.
- Contohnya,pelajar mampu untuk menjana bentuk baru melalui penjanaan idea.
· KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Setiap murid perlu menguasai kemahiran berfikir bagi melahirkan generasi yang mampu mengaplikasikan pengetahuan dalam membantu menyesuaikan diri dengan situasi yang baru. Kemahiran berfikir bukanlah sesuatu yang baru. Umum sedia maklum bahawa KBAT adalah satu elemen yang mesti diterapkan dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) supaya murid yang belajar dapat mebina tahap pemikiran yang baik. Kemahiran berfikir telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran serta dikenali sebagai Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK). Ianya telah dirintis melalui pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988.
Kemahiran berfikir aras tinggi merupakan salah satu dari
komponen kemahiran berfikir. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merujuk
kepada kemahiran yang membolehkan murid menggunakan pengetahuan, kemahiran
serta nilai yang diperoleh untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Pemupukan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) adalah satu inisiatif pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
melahirkan insan yang berkualiti dan bertanggungjawab dalam membangunkan
negara.
Aktiviti mental yang dikaitkan dengan domain kognitif
memerlukan kemahiran berfikir yang baik
bagi menghasilkan satu pemikiran yang kreatif dan inovatif. Kesimpulannya,
domain objektif kognitif dan kemahiran berfikir aras tinggi adalah merupakan
komponen yang saling berkait rapat dalam menentukan pencapaian murid berada di
tahap terbaik.
.png)
.png)

Comments
Post a Comment