Hubungankait Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Kebangsaan dan Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Di Malaysia,
keseluruhan sistem pendidikan negara dibentuk berdasarkan suatu penyataan
falsafah yang dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1992).
Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Kebangsaan dan Pengajaran dan Pembelajaran
👉Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di negara Malaysia. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti pendidikan diadakan bagi mencapai intipati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.
👉Kurikulum Kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ke arah melahirkan warganegara cemerlang.
👉Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Pembelajaran pula merupakan perubahan dalam seseorang individu akibat daripada pengalaman. Pembelajaran juga dikatakan satu pemetaan kriteria dan indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua pembelajaran ini berkait rapat dengan pengalaman. Pengajaran dan Pembelajaran adalah elemen yang amat penting dalam Sistem Pendidikan Negara.
Hubungankait Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Kebangsaan dan Pengajaran dan Pembelajaran
· 💫HUBUNGKAIT ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DENGAN KURIKULUM KEBANGSAAN
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan asas kepada pembentukan kurikulum pendidikan di Malaysia. Perkaitan antara falsafah dan kurikulum adalah dimana kurikulum merupakan terjemahan falsafah pendidikan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tidak mempunyai asas. Hala tuju kurikulum adalah bergantung kepada falsafah pendidikan. Di dalam FPK, terdapatnya kurikulum kebangsaan dimana:
- Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) – merujuk kepada pendidikan bagi murid-murid umur 4 hingga 6.
- Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) – merujuk kepada kurikulum rasmi secara menyeluruh di semua sekolah rendah (7 hingga 11 tahun).
- Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) - merujuk kepada kurikulum rasmi secara menyeluruh di semua sekolah menengah (12 hingga 16 tahun).
- Kurikulum Kebangsaan telah menjadi teras kepada sistem pendidikan di negara kita. Berdasarkan Kurikulum Kebangsaan ini, pihak sekolah akan membentuk kurikulum sekolah dimana segala perancangan pendidikan yang dikendalikan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Sekolah meliputi bahagian Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) serta segala kegiatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Seterusnya, kurikulum sekolah juga meliputi bahagian kegiatan pendidikan luar bilik darjah iaitu kokurikulum seperti kegiatan sukan, persatuan, pasukan pakaian seragam dan lain-lain. Melalui RPT dan RPH, setiap guru di sekolah boleh merangka sesi pengajaran dan pembelajaran yang meliputi kesemua aspek yang dituntut dalam FPK demi memastikan murid-murid menerima pembelajaran secara menyeluruh dan bersepadu.
- Secara kesimpulan, kejayaan hubungkait antara matlamat pendidikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Kebangsaan serta Pengajaran dan Pembelajaran bergantung kepada perancangan, pemantauan dan penilaian yang dilaksanakan secara berterusan. Pelaksanaan pembelajaran yang sempurna dalam sistem pendidikan mampu untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berintegriti. Kurikulum bersifat dinamik dan fleksibel untuk disesuaikan dengan keadaan semasa yang sentiasa berubah. KSSR merupakan kurikulum terkini bagi menggantikan KBSR yang diharapkan dapat meningkatkan standard pencapaian pelajar yang mencakupi 4M (menulis, membaca, mengira dan menaakul).

.png)
Comments
Post a Comment